Sunday 6 January 2013

Aizat - Terukir Di Bintang ( Juara Anugerah Juara Lagu 27)


Memang sangat teruja untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu 27, lepas solat insya' je....all my family terus   
tercongok depan tv, excited nak tengok ..........AJL 27, antara 3 ramalan sherin sume tepat top 3:

Juara              : Idola (Azlan and The Typewriter)
Naib Juara      : Terukir di Bintang (Yuna)
Ketiga            : Ku akui ( Hafiz)

tahun nie AJL ke-27 memberi penonton kelainan dgn bertemakan 'gabungan seni & muzik' dimana kesemua yg bertanding memberi persembahan yg cukup gah dari segi props, vokal, kreativiti dan kesenian.

Tahniah Aizat!!! Tahniah Yuna 
( Lagu Terukir Dibintang Menang AJL 27 )

Walaupun berada nun jauh di Amerika Syarikat sana untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia — bakat tidak kenal sempadan.

Lagu ciptaan beliau sepenuhnya, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang gelaran Lagu Terbaik (Tempat Pertama) di Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung malam tadi.
Aizat Amdan yang di’beri kepercayaan untuk membawakan lagu tersebut di pentas akhir malam tadi tidak mengecewakan walaupun mempunyai masa singkat untuk membuat persiapan.engar khabar kira last minit jugak la kan Aizat dipilih untuk membawakan lagu Yuna ni. Lebih kurang 2 ke 3 hari je untuk Aizat praktis. Pada saya kira okey la, Lagu Terukir dibintang versi dan gaya Aizat. Tertanya-tanya jugak, agaknya kalau uji rashid yang nyanyikan lagu ni bagaimana ya? Sebab ada terbaca khabar angin kata Uji Rashid antara calon yang tersenarai untuk menyanyikan lagu Yuna ni.




Tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke 27 berjaya di’raih oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok & Azlan dan the typewriter

tempat ketiga untuk lagu Ku Akui ciptaan Ajai yang di’bawakan Hafiz Suip.

Gelaran Vokal Terbaik malam tadi di’menangi oleh Hafiz Suip juga melalui lagu Ku Akui manakala Persembahan Terbaik jatuh kepada persembahan Black & RJ dengan Teman Pengganti.

Pada closing AJL 27 di gegarkan lagi dgn persembahan istimewa rock otai - Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey BPR & Ramli Sarip. mereka diiringi oleh guitarist2 terbaek malaysia - rodi krystal, ag coco, edry hashim dan man keedal.

syabas #TV3 dan syabas #AJL27 kerana telah membuat kami semua terhibur!


Berikut adalah keputusan penuh AJL27: 

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)